30 Julai 2012.PAS cawangan Taman Kota Wira telah menggunakan surau untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa kepada semua warga Taman.Diharapkan semoga program seumpama ini diteruskan dan dicontohi oleh mana-mana badan politik atau NGO untuk kebaikan Islam dan mengimarahkan surau.
Read more...
Sunday 29 July 2012
Thursday 26 July 2012
Tuesday 24 July 2012
RESEPI
Bahan-Bahan:
3 biji kentang (saiz sederhana ,buang kulit & hiris anggaran 1/2 in tebal)
secawan gading yg telah dicincang halus/isi ayam
sesudu teh serbuk lada putih/sulah (jika guna ayam)
sesudu teh serbuk lada hitam (jika guna daging )
Garam (secukup rasa)
1 sudu bawang goreng (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (digoreng)
1 sudu daun bawang
1 biji telur (dipukul untuk menyalut begedil )
secawan Minyak masak untuk menggoreng menggoreng.
Cara:
1. Kentang digoreng terlebih dahulu sehingga masak. Kemudian tumbuk halus kentang yang telah masak dan letakkan di dalam mangkuk.
2. Rebus daging dengan secawan air dan tumbuk. Masukkan pula daging cincang ke dalam adunan kentang tadi beserta garam dan lada hitam. (jika guna ayam , goreng ayam dahulu dan tumbuk daginnya.guna lada sulah)
3. Gaulkan adunan tadi sehingga rata dan kepalkan bulat dan dileperkan. Biasa nya saiz begedil bergantung kpd kesukaan masing2. saya biasa membuatnya kecil sebesar duit 50sen.
4. Celupkan kepalan tadi ke dalam telur dan goreng sehingga masak.
Tips untuk begedil:
Biasanya aduan tentang begedil lembik dan hancur dalam kuali. Ini kerana adunan tidak melekat. Ada orang masukkan sesudu tepung gandum dalam adunan ttp saya lebih suka goreng kentang, Bila kentang di goreng , minyak akan jadi bahan pelekat untuk elak kentang dari terbarai.
Sebut betul2... begedil bukan pegedil atau berdegil.
Read more...
Sunday 22 July 2012
BUBUR LAMBUK
Antara aktiviti surau ialah menyediakan bubur lambuk. dibuat pada setiap hari Ahad. Bubur lambuk adalah sumbangan dari warga taman hasil kutipan dana ramadhan.
Read more...
Friday 20 July 2012
BACAAN YASIN/TAHLIL DAN PENYERAHAN SUMBANGAN FAKIR MISKIN
19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaban 1433 ( Khamis )AJK surau alyusof TKW telah mengadakan penyerahan sumbangan ( beras,gula,susu pekat,milo,kopi & minyak masak ) kepada masyarakat Taman Kota Wira yang memerlukan.AJK surau telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan sumbangan-sumbangan bagi meringankan bebanan khususnya masyarakat TKW. Sumbangan ini diperolehi daripada pihak BAITMAL Taiping dan sumbangan perseorangan ( mudah-mudahan dipanjang umur & dimurahkan rezeki ).Penerima sumbangan adalah seramai 21 orang.
Tentatif Program:
7.35 malam - solat maghrib berjemaah.
- bacaan yasin & tahlil
- solat isyak berjemaah
- penyerahan sumbangan
- jamuan
Read more...
Wednesday 18 July 2012
Infaq Ramadhan
Baru-baru ini, Pada 16 Julai 2012 ( Isnin ) telah diadakan sumbangan kepada fakir miskin oleh sebuah badan NGO iaitu Khairat Asysyabab. Penyampaian ini disampaikan oleh penasihat Khairat Asysyabab iaitu Ustaz akmal Kamaruddin. Sumbangan ini berlangsung di surau taman kota wira. Diharapkan program seumpama ini diteruskan oleh mana-mana badan politik dan NGO untuk kebaikan Islam.
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)