Friday 20 July 2012

BACAAN YASIN/TAHLIL DAN PENYERAHAN SUMBANGAN FAKIR MISKIN

19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaban 1433 ( Khamis )AJK surau alyusof TKW telah mengadakan penyerahan sumbangan ( beras,gula,susu pekat,milo,kopi & minyak masak ) kepada masyarakat Taman Kota Wira yang memerlukan.AJK surau telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan sumbangan-sumbangan bagi meringankan bebanan khususnya masyarakat TKW. Sumbangan ini diperolehi daripada pihak BAITMAL Taiping dan sumbangan perseorangan ( mudah-mudahan dipanjang umur & dimurahkan rezeki ).Penerima sumbangan adalah seramai 21 orang.

Tentatif Program:
7.35 malam - solat maghrib berjemaah.
                    - bacaan yasin & tahlil
                    - solat isyak berjemaah
                   - penyerahan sumbangan
                   - jamuan

























No comments:

Post a Comment